GARIS PANDUAN PEMBINAAN REPOSITORI BAHAN-BAHAN P&P

 DALAM BENTUK DIGITAL PERINGKAT ZON UTARA

 

oleh

Azizah Sarkowi

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Maktab Perguruan Perlis, Perlis

 

Laman Utama

 

 

Tujuan

Garispanduan ini bertujuan merumuskan  langkah-langkah yang menyeluruh untuk  warga maktab  membina repositori bahan-bahan P&P berbentuk digital berdasarkan kepada dapatan mesyuarat diantara Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahagian Pendidikan Guru dan Wakil-wakil maktab Zon Utara pada 28 Jun 2004 di Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

 

 

Pelaksana

1.         Pengurus Repositori Bahan ialah Pegawai Pusat Sumber atau Pustakawan.

2.         Penggerak bagi projek Pembinaan Repositori Bahan-Bahan P&P Dalam Bentuk Digital ialah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

           

                       

Bahan-Bahan P&P Berbentuk Digital

            1.         Struktur Bahan

§         Bahan utama adalah bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di maktab sama ada untuk Kursus Pra Perkhidmatan (KPLI) dan Kursus Dalam  Perkhidmatan (KDP, KSPK, Pra PKPG).

§         Bahan subsidiari adalah bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.         Fokus

§         Fokus utama bahan P&P untuk projek  ini adalah bahan untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah.

3.         Kategori Bahan

§         Bahan-bahan P&P dikategorikan mengikut subjek.

§         Subjek ditentukan oleh jabatan.

 

 

Model Pembinaan Repositori

1.                  Setiap maktab perlu menyiapkan repositori masing-masing secara individu.

2.                  Perkongsian bahan antara maktab akan dilaksanakan  secara fizikal.

3.                  Kajian/Penilaian  pembinaan repositori  akan dilaksanakan pada  30 September 2004

4.                  Platform : 100 GB server  yang akan ditentukan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Maktab.

5.                  Cadangan spesifikasi :

§           Ujian Beta Sistem Online Digital Library (ODL) akan dilaksanakan di Institut Perguruan Darulaman IPDA dan Maktab perguruan Perlis.

§           Ujian dijalankan selama satu bulan.

§           ODL dibangunkan menggunakan open source - SQL, Apache,PHP

6.                  Struktur perisian akan dikaji oleh Institut Perguruan Darulaman.

 

 

Proses Pembinaan Repositori

 

            1.         Pengumpulan bahan diperingkat jabatan

§         Bahan-bahan P&P yang telah dikenalpasti dikumpul dan simpan  didalam satu PC/Notebook Jabatan yang spesifik.

§         Untuk setiap bahan, buat folder yang berasingan.  Setiap folder mengandungi dua(2) fail iaitu fail bahan  dan fail dokumentasi format bahan.  Format bahan akan diperincikan oleh Tuan Hj. Hashim bin Asman(IPDA).

2.       Pemantauan pengumpulan bahan di peringkat maktab.

§         Wakil jabatan di dalam  Jawatankuasa Pengkomputeran Maktab akan melaporkan  perkembangan proses pengumpulan  jabatan masing-masing didalam mesyuarat Jawatankuasa Pengkomputeran Maktab

§         Pengerusi Jawatankuasa Pengkomputeran Maktab Lapor kepada membentangkan laporan tersebut di dalam  mesyuarat M3P pada setiap bulan.

§         Fasa 1 pemantauan dijangka dilaksanakan didalam meyuarat M3P sebelum 31 Julai 2004.

3.       Penilaian bahan

§         Panel Penilaian ditubuhkan oleh maktab.

§         Maktab Perguruan Perlis dipertanggungjawabkan untuk  mengadakan mesyuarat  bagi menentukan kriteria bahan-bahan yang akan didepositkan. 

§         Mesyuarat penentuan kriteria dicadangkan pada 20/7/2004.

§         Cadangan nama bagi Panel Penentuan Kriteria ialah  : Fakhrul Radzi (IPDA), Ivan Filmer (M4P), Fauziah Wahab (MPSAH) Puan Asiah (IPDA), Abdul Mohaimin (M3P), Tanggavelu(MPSAH).

4.       Pendepositan Bahan

§      Bengkel akan diadakan untuk pensyarah bagi menentukan bahan yang akan dipublish.

§      Bahan-bahan yang terpilih akan dimasukan ke  dalam server pada 24/8/2004.

5.       Pengkatalogan

§      Bengkel pengkatalogan bahan perlu dilaksanakan untuk pustakawan.

6.       Pengemaskinian repositori bahan.

§      Setiap Jabatan perlu membuat perancangan untuk membina bahan digital

§      Jabatan perlu mengenalpasti tajuk-tajuk yang tiada bahan atau belum mencapai kriteria atau standard yang ditetapkan.

§      Ketua jabatan perlu menyediakan buku log bagi  mengenalpasti masalah pembinaan repostori bahan.

7.       Perkongsian server.

 

 

 

ISU-ISU

1.       Jadual Waktu untuk bina bahan P&P berbentuk digital perlu didokumentasikan.

2.       Projek ini memerlukan penglibatan Unit Kurikulum  dan Unit Kursus Dalam Perkhidmatan.

3.       Perolehan perkakasan  dan perisian.

 4.      Perluasan jeni-jenis bahan yang merangkumi :

§               Repositori Folio praktikum

§               Perkongsian dengan Institusi Pengajian Tinggi yang mempunyai bidang yang sama.

5.       Connectivity

 

 

 

 

 

Dirumuskan oleh:

Azizah Sarkowi

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Maktab Perguruan Perlis, Perlis

 

Laman Utama